Posts

Mukaddimah

Assalamualaikum  Eloklah aku mulakan sebuah  buku/blog baru dengan salam buat sekian pembaca. Aku bukan siapa-siapa yang terkenal. Aku hanya hidayah yang kecil, senyap, pemalu, invisible dan sering dilupakan. Aku memang tidak membawa significance dalam dunia ini, tapi aku cuba untuk membaiki diri, membantu orang, meyebarkan positiviti dan melakukan perubahan ke arah kebaikan walau sekecil manapun ia. Aku tidak pandai berbicara dan bercerita. Aku tidak reti menggunakan perkataan bombastik dan ayat complicated. Jadi awal-awal lagi aku mohon maaf atas kesilapan dalam tulisanku. Tulisan yang ku sampaikan ini hanyalah sekadar catatan hidup buat ku dokumentar dan simpan sebagai sejarah, untuk diriku, untuk kamu, untuk semua. Aku tidak tau siapa yang ingin ambil tahu tentang kehidupanku yang bosan ini, tapi jika ada, terima kasih kerana meluangkan masa anda yang berharga untuk mendalami secebis momen hidup aku. Sama ada kita mengenali atau tidak, terima kasih :)